PAVLOVA


Photobucket



Bahan-bahan :

4 biji putih telur

3/4 cawan gula castor
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping :
1(240ml) cawan whipping cream
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu besar susu cair/susu segar
buah2an(strawberry/anggur/kiwi)-dipotong-potong

Cara-cara :
-pukul putih telur dengan mixer dengan kelajuan perlahan hingga kembang dan ringan.
-teruskan mixer dan masukkan gula sedikit demi sedikit hingga habis.putar hingga adunan menjadi meringue(bila angkat mixer, adunan bertanduk)
-kemudian masukkan esen vanila, cuka masakan dan tepung jagung.kaup balik hingga sebati.
-panaskan oven dahulu selama 15minit dengan suhu 150darjah.
-curahkan adunan diatas loyang rata(loyang pizza) yg dilapik dengan baking paper.
-bakar selama 1jam pada suhu 150darjah.
-bila dah masak, jangan terus keluarkan loyang.biarkan menyejuk dalam oven dengan pintu oven dibuka sedikit.
-sementara tu, boleh buat toppingnya.
-campurkan semua bahan topping kecuali buah-buahan.
-pukul hingga kental dan pekat.
-apabila based pavlova tadi dah sejuk.bolehlah disapukan topping tersebut diatas based pavlova dan hiaskan dengan buah-buahan.



selamat mencuba 
credit to Resepi Ummi

^_^ Terima Kerana Sudi Bca Entry Ini ^_^

No comments: