Tahniah kepada kawan2 yang hampir dah nak melahirkan anak,
dan xlupa pd sy gak sbb nak tunggu baby kuar gak ni heheheee...
mesti tak sabar kan nak tengok cahaya mata kita yang bakal dilahirkan nanti...
ikut mak nya ke tau ikut papa nya kan kan kan.....hehehe...
xp jangn lupa pulak banyak perkara penting yg perlu dilakukan
bila anak dilahirkan nanti ....
bila anak dilahirkan nanti ....
jom sama2 kita baca antara perkara2 yg perlu dilakukan
selepas bayi kita dilahirkan nanti....
**Disunatkan Azan & Iqamah
- Islam menganjurkan kepada umatnya agar menyambut kelahiran bayi dgn mengazankannya di telinga kanan dan diiqamahkan di telinga kiri dan hendaklah dilakukan sebaik saja bayi dilahirkan.Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani.
"sesiapa yang memperolehi kelahiran cahaya mata (anak)
maka diazankan ditelinga kanan dan diiqamahkan di telinga kiri,
nescaya terlepaslah dari angin tiupan syaitan"
(RIWAYAT AL-BAIHAQI)
**Menanam Uri
- Hukum menanam uri adalah harus.Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing.
**Tahnik
- Sunat 'Tahnik' atau belah mulut selalunya dilakukan selepas anak dilahirkan. Tahnik ialah mengunyah buah kurma (tamar) dan selalunya dilakukan oleh orang yang dianggap soleh dan bertaqwa kepada Allah seperti Imam, Bilal, Ulama, dan Syeikh. Prosesnya ialah meletakkan sedikit manisan pada lidah bayi yang baru dilahirkan. Selain daripada kurma, manisan lain yang boleh digunakan juga adalah seperti titisan madu, nira nipah dan kelapa. Tujuannya adalah untuk melazimkan bayi membuka mulut dengan mendapatkan ganjaran benda manis,membuatkan bayi mahu menghisap apabila ibu menyusukan bayi tersebut kerana sentuhan di lidah mempunyai kesan manis dan bukan kesan yang tidak selesa dan untuk melancarkan percakapan anak kecil serta selalu berkata manis dan benar.
"telah dikurniakan kepadaku seorang anak,
lalu aku membawanya menemui baginda Rasullullah S.A.W,
baginda menamakannya Ibrahim,
lalu baginda mentahnikkannya dengan tamar dan mendoakan
keberkatan untuknya,kemudian baginda menyerahkan kembali anak itu"
(RIWAYAT AL-BUKHARI)
**Mencukur Rambut
- Mencukur rambut juga adalah diantara perkara yg disunatkan untuk dilakukan kepada bayi yg baru lahir dan sebaiknya dilakukan pada hari ketujuh ia dilahirkan.Kemudian rambutnya itu ditimbangkan dan disunatkan bersedekah emas atau perak seberat timbangan rambut bayi tadi lalu disedekahkan pada fakir miskin jika berkemampuan.Sekiranya tidak bekemampuan bolehlah bersedekah melalui wang atau sebaliknya.Amalan ini bertujuan agar menguatkan pertumbuhannya, menghilangkan selaput kulit kelapa dan juga dapat menguatkan daya ingatan,daya penglihatan dan bau serta pendengaran.
"cukurlah rambutnya,sedekahkanlah seberat timbangan
(rambutnya)itu daripada perak"
(RIWAYAT AHMAD)
**Menamakan Anak
- Didalam islam kita dianjurkan supaya memberikan nama2 yg baik dan elok kerana dengan nama2 itulah juga Allah s.w.t akan memanggilnya di akhirat nanti.Seeloknya menamakan anak pada hari pertama,ketiga atau ketujuh kelahirannya.
"sesunggyhnya kamu akan diseru pada hari qiamat
dengan nama-nama kamu,dan nama-nama bapa kamu,
maka perindahkanlah nama-nama kamu itu"
(RIWAYAT ABU DAUD)
**Aqiqah
- Aqiqah tanda kesyukuran dianugerahkan cahaya mata kepada Allah s.w.t dengan menyembelih binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. Aqiqah itu sunat dilakukan sebaik sahaja anak dilahirkan dan berterusan sehinggalah anak itu baligh.Apabila anak itu sudah baligh, gugurlah hukum sunat itu daripada walinya dan ketika itu hukum sunat berpindah ke atas anak itu sendiri dalam melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri.Walaupun waktu yang disunatkan untuk beraqiqah itu panjang, tetapi yang afdhal hendaklah dilakukan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya.
"Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama."
(RIWAYAT ABU DAWUD, AL-TURMIZI dan IBNU MAJAH)
**Berkhatan
- Berkahtan ialah memotong selaput kulit yg menyerupai kepala zakar lelaki atau memotong sedikit hujung daging yg tumbuh dalam faraj perempuan.Berkahtan ini mula diwajibkan bila umur kanak lelaki hampir usia baligh.Namun bagi perempuan pula seeloknya waktu ia dilahirkan.
"kebersihan itu terdiri dari lima, berkhatan,mencukur bulu ari-ari,
menggunting misai,memotong kuku dan mencabut bulu ketiak"
(RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM)
No comments:
Post a Comment