Hasselback Potatoes



Photobucket




Bahan-bahan :
Kentang

Keju cheddar

Butter
Garam
Serbuk lada hitam/lada sulah

Cara :
Kentang dibuang kulit dan dikelar halus tapi jangan sampai putus. Nak mudah, letakkan chopstick atau benda yg sewaktu dengannya tepi kentang tu, supaya bila potong chopstick tu jadi penahan supaya tak terpotong habis kentang tu. 

Didihkan air secukupnyer dan celur kentang biar separuh masak. Toskan airnya. 

Cairkan butter dan sapukan pada kentang. Pastikan butter disapu pada celah-celah belahan kentang. 

Tabur garam dan lada. Bakar pada suhu 190 darjah sambil sekali sekala disapu dengan butter. 

Bila kentang dah masak dan kekuningan, bolehlah ditabur dengan keju yang diparut. 

Bakar lagi sehingga keju mula bertukar warna.. 

Nota: selain keju cheddar boleh juga gunakan keju parmesan atau campuran serbuk roti dan keju parmesan. 


selamat mencuba
credit to : Resepi Ummi

^_^ Terima Kerana Sudi Bca Entry Ini ^_^

No comments: