Kek Pelangi




Photobucket




Bahan bahan:

250g mentega

220g tepung kek (ayak dg 1 sk baking powder)
200g gula kaster
4 biji telur gred A
5 sudu besar air susu (guna susu segar)
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna yang disukai

Cara cara:
Griskan acuan bulat 8". Lapiskan dengan kertas serap minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 170"C.

Pukul mentega dan gula kaster dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan putih.

Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati.

Masukkan tepung sedikit-sedikit sambil dikacau diikuti air susu dan esen vanila. Gaul hingga rata.

Bahagi adunan kepada 7 bahagian. Warnakan mengikut warna yang disukai. Bakar adunan selapis demi selapis selama 20 minit.

Setelah kek masak, biarkan sejuk baru hias dengan krim mentega.

Nota:
Saiz loyang 8 inci (6 warna), guna hanya 1 ½ adunan. Kalau mahu 7 warna guna 2 adunan. Saya guna loyang 9 inci, 2 adunan dan 6 warna.

Krim Mentega

150gm mentega
350gm krimwell
180gm sirap gula/susu krimer manis
3 sudu besar gula aising

Cara:
Pukul mentega dan krimwell hingga kembang dan gebu selama 10 minit.

Masukkan sirap gula/susu krimer manis dan gula aising.
Pukul lagi hingga sebati. Siap untuk digunakan.



selamat mencuba
credit to : Resepi Ummi


^_^ Terima Kerana Sudi Bca Entry Ini ^_^

No comments: