Penjagaan Diri Semasa Berpantang

Photobucket




PENGAMBILAN MAKANAN YANG LEMBUT & MUDAH HADAM

Untuk 2 minggu yang pertama anda digalakkan mengamalkan makanan yang lembut, mudah hadam, berserat dan seimbang seperti nasi bubur, sup sayur, oat mill dll kerana ia akan melancarkan sistem penghadaman dan memudahkan pembuangan air besar. Elakkan makan makanan yang sukar dihadam dan berminyak atau pedas seperti nasi, sambal, berlemak dll kerana ia akan menyebabkan usus pedih dan sembelit.


PILIHAN MAKANAN SEMASA DALAM PANTANG

Seboleh mungkin, banyakkan pilihan makanan dari kalangan sayur-sayuran yang direbus atau makanan yang dipanggang, direbus atau dibakar berbanding makanan yang digoreng. Pastikan makan makanan seimbang dimana setiap hidangan mesti ada protein, kabohidrat & sayur- sayuran. Elakkan makan makanan atau buah-buahan yang masam atau berasid. Menurut petua tradisional, elakkan makan tumbuhan@sayuran yang berlilit dan/atau untuk ulam pastikan ia dicuci bersih dan dicelur sebentar untuk elak kembung perut atau keracunan makanan.


AMALKAN MINUM AIR MASAK 2 – 3 LITER SEHARI

Pakar-pakar pemakanan mengesahkan kekurangan air didalam badan menyebabkan kekurangkan cecair didalam darah dan fenomena ini melemahkan badan dan menyebabkan keletihan. Anda dinasihati minum air masak segelas setiap sejam atau 2 – 3 liter air sehari kerana ia akan membuat anda cergas dan mengekalkan tenaga. Jangan takut anda tidak akan boyak dengan minum air kerana ia akan mengembalikan bentuk badan anda serta mengempiskan perut. Hindari minum minuman manis ,berkafein, bergas atau berakohol kecuali susu dan koko kerana ia akan mengurangkan cairan tubuh anda danmembuat anda sakit kepala, pening dan/atau kembung perut.


AMALAN MANDIAN & KEBERSIHAN DIRI

Dinasihati untuk tujuh (7) hari pertama,lap badan dengan air suam sebersih-bersihnya dan jangan mandi dahulu kerana badan sedang sakit dan urat membengkak. Hari-hari seterusnya mandi sekali sehari sahaja sebelum pukul 9 pagi dan lap badan pada waktu petang sahaja. Ini adalah untuk mengelakkan diri dari jadi boyak dan kembang. Anda tidak akan berbau busuk sebab anda tidak berparam, berpilis atau bertangas.


HADAPI KESAKITAN PADA JAHITAN VAGINA, BEDAH DAN KEBENGKAKKAN PAYU DARA

Asentiasa jaga kebersihan dan cuci jahitan dengan campuran air suam dan sedikit garam halus. Selepas cuci lap kering luka jahitan tersebut untuk elakkan jangkitan. Sentiasa tukar pad bersalin walaupun darah tidak banyak keluar untuk kesihatan dan kebersihan luka jahitan tersebut. Untuk melegakan keperitan tersebut, kami menasihatkan anda ambil sepeket air batu dan/ atau sebungkus kacang pea beku dibungkus dan dibalut dengan tuala bersih dan tekap pada luka jahitan tersebut. Atau anda boleh juga menyimpan pad bersalin anda didalam freezer untuk memberi kelegaan serta merta apabila memakainya.Pastikan kebersihannya. Kebengkakan payu dara sering terjadi kepada ibu-ibu yang baru bersalin. Menurut petua tradisional, untuk melegakan kebengkakan tersebut ambil sekelopak kobis sejuk (yang telah disejukkan dalam peti sejuk) dan diletakkan didalam coli untuk melegakkan kebengkakan payu dara tersebut. Ini hanya petua, Apa-apa pun dapatkan nasihat pakar sekiranya keadaan teruk.


ELAKKAN KEJADIAN BENTAN

Orang tua dahulu menasihati ibu-ibu bersalin agar jangan menjerit atau mengangkat benda-benda berat dalam masa sebulan sebab TAKUT BENTAN dimana badan akan sejuk mengigil dan darah turun dengan banyak. Rehatkan diri dan tidur secukupnya untuk kembalikan stamina. Sentiasa pakai stoking dan berselipar didalam rumah. PETUA Sekiranya ANDA BENTAN, ambil dua ulas bawang putih dan dititik bersama kulit. Sapu bawang putih tersebut pada kuku jari tangan dan jari kaki sahaja selalu. Insyaallah berkurangan. Tiada perubahan jumpa denganDoktor Pakar dengan segera.


ELAKKAN MEROYAN & CUKUP REHAT

Untuk elakkan Meroyan, PERTAMA: Rehatkan diri secara fizikal dan mental. KEDUA: Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang sepanjang berpantang dan selepas berpantang sehingga badan kembali sihat. KETIGA: SAYANGI DIRI ANDA, jangan rasa bersalah sekiranya anda berehat dan mengagihkan tugasan kepada suami, ahli keluarga atau pembantu rumah kerana sesungguhnya anda dalam proses penyembuhan daripada kesakitan yang amat. KEEMPAT: Pilih amalan berpantang yang selesa dengan anda sebelum anda bersalin dan waktu berpantang akan menjadi sesuatu yang disenangi. KELIMA: Hormati pilihan & diri anda dan tolak pilihan orang lain sekiranya iamembuat anda tertekan. Tekanan patut dihindari semasa dalam atau selepas pantang kerana ia boleh menyebabkan gangguan emosi berpanjangan. Sebarang masalah atau ketidakselesaan beritahu kepada orang yang disayangi atau dipercayai dan elakkan bersendirian untuk mengelak kemurungan. SEKALI LAGI! Ingat anda sebenarnya sakit dan jangan bebankan diri dengan tugasan yang berat. Belajar agihkan tugasan menjaga bayi atau apa-apa sekalipun dengan suami, pembantu rumah atau ahli keluarga anda. Janganrasa bersalah apabila melakukan agihan tersebut kerana sebenar yang sakit ialah anda dan bukan mereka. Lagipun ia hanya mengambil masa lebih atau kurang dua (2) bulan sahaja sebelum anda kembali bertenaga, tenang dan normal.
ISLAM menganggap tidur sebagai ibadah dan menekankan ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan.


BERURUT, BERSENGKAK, BERTUNGKU DAN BERBENGKUNG

Anda boleh berurut badan tapi nasihat kami jangan bersengkak dahulu kerana rahim tengah cedera dan membengkak. Kalau boleh tunggu selepas pantang apabila rahim telah kembali kesaiz asal. Bertungku juga elok untuk mengurangkan kebengkakkan kecederaan dalaman. Tetapi biarlah berpada-pada.



^_^ Terima Kerana Sudi Bca Entry Ini ^_^

Checklist Barang2 Baby

Photobucket


salam...huhuhu lama gak x update ape2....
skang ni buzy je p beli barang2 baby lagipun kandungan dah nk masuk 7bln dah,
so kene la prepare awal2 takut2 nanti xsempat lak nak beli kan...
semalam baru aje abis p shopping barang2 kat Parkson & Tesco....
total menghabiskan rm dalm RM400 keatas gak hehe..
itu pun xbeli lagi barang2 lain seperti tub mandi,set botol susu,breastpump,katil baby
dan macam2 ag la....hehehe tunggu bulan depan insya-allah lengkap 100% 
semuanya....ni baru 80%....xpe2 beli skt2 dulu hehehe...


ni ade beberapa pic barang baby yg telah di beli semalam....



kat atas ni ade cotton buds,baby wipes,pin n semua tu beli skit dulu nanti nak tambah lagi
sbb xcukup tu,skit sangat...ade gak berus botol,minyak yu ye(ni mesti wajib la hehe),
nappy cream,penyedut hidung,set ketip kuku dan puting hisap...




yang ni pulak ade set mandian dari TollyJoy..mula2 niat nak beli Pureen xp yg ni lagi murah skit
dan bau dia pun wangi2....sama gak ngan pencuci pakaian yg botol besar colour pink tu...niat pun
nk beli Pureen punya gak tetapi bau dia lagi wangi dari Pureen tau..yang calour itam kat atas tu changing mat
dari BabyKiko...n ade gak pencuci botol dan ini satu je cik beli yang Pureen punya sbb ramai gak orng pakai jenama Pureen ni tuk cuci botol2 susu.




ok ni pulak ade bedung n barut perut dari Anakku, ni cik beli banyak2 terus, bedung 10 helai n beli 1 set
dan bedung pun beli 10 helai gak...n ade 2 towel yang colour coklat n biru terang tu dari Fiffy dan yg last tu selimut yng ade penutup kepala dari TollJoy(ni kene tambah 1, 2 helai ag sbb sehelai xcukup)..




yg ni lak koleksi2 sarung tangan n sarung kaki serta topi dan bibs...
hehehe banyak je nampak kan tapi ni pun ade kurang lagi tau....




ni lak koleksi baju2 lengan pendek dan panjang...ni pun baru skit ade lagi yang
nak kene tambah sebab baby kene ade banyak2 baju....




hah yang ni memang cik wajib beli sbb rompers ni memang nampak comel aje bila 
tengok baby2 org lain pakai so teringin gak nak tengok baby sendiri yang pakai hehehe.
yang ni cik beli kat downtown aje lagi pun murah 1set RM40 jenama Carter's...





rompers yang ni pun sama beli kat downtown gak n harga pun sama cuma
yang ni lengan panjang....


so buat masa ni itu semua dulu yang sempat dibeli n nanti ade mase lagi akan
ditambah lagi...ini pun ngah tunggu expo barangan baby kat MidValley pada 10 Mei nanti...kita
borong kat situ pulak hehehe.....



^_^ Terima Kerana Sudi Bca Entry Ini ^_^